TERMA & SYARAT MUTIARA HOMESTAY JASIN



1. MEMBUAT BAYARAN DEPOSIT RM50.00 SEMALAM BAGI MENGESAHKAN TEMPAHAN MELALUI DEPOSIT TUNAI/PEMINDAHAN WANG. NO AKAUN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. MASA TEMPAHAN 24 JAM SAHAJA.

2. BAYARAN PENUH MESTILAH DIBAYAR SEMASA MENDAFTAR MASUK SECARA TUNAI DAN MENGEMUKAKAN BUKTI PEMBAYARAN DEPOSIT SEMASA MENDAFTAR MASUK. DEPOSIT RM50.00 SEMALAM DIJADIKAN SEBAGAI CAGARAN DAN IANYA AKAN DIPULANGKAN SEMULA SEKIRANYA SELEPAS PEMERIKSAAN DIBUAT TIADA SEBARANG KEROSAKAN DAN KEHILANGAN BARANGAN SERTA KEBERSIHAN YANG MEMUASKAN. PIHAK PENGURUSAN MUTIARA HOMESTAY JASIN AKAN MENGAMBIL MASA SELEWAT-LEWATNYA 3 HARI SELEPAS WAKTU KELUAR UNTUK MEMULANGKAN DEPOSIT TERSEBUT.

3. WAKTU MENDAFTAR MASUK 3.00 PETANG DAN WAKTU MENDAFTAR KELUAR 12.00 TENGAHARI (WAKTU MENDAFTAR MASUK/MENDAFTAR KELUAR BOLEH DIRUNDING SEKIRANYA HOMESTAY TIADA TETAMU LAIN). SEKIRANYA ANDA MENDAFTAR KELUAR LEWAT, DEPOSIT TIDAK AKAN DIPULANGKAN. DAN SEKIRANYA ANDA MENDAFTAR SELEPAS PUKUL 6.00 PETANG, BAYARAN PENUH AKAN DIKENAKAN.

4. DILARANG MEROKOK DI DALAM HOMESTAY DAN MEMBAWA MASUK HAIWAN PELIHARAAN SERTA BARANGAN YANG TIDAK HALAL DI SISI ISLAM.

5. DILARANG BERKHALWAT DENGAN BUKAN MAHRAM DAN BERJUDI.

6. SILA PASTIKAN KEBERSIHAN DIJAGA DAN SUIS ELEKTRIK/BEKALAN AIR/DAPUR GAS HENDAKLAH DITUTUP SEBELUM MENINGGALKAN MUTIARA HOMESTAY JASIN.

7. SEBARANG AKTIVITI/KEGIATAN/PERLAKUAN JENAYAH/PENYALAHGUNAAN DADAH/PENYEBARAN AJARAN SESAT ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DI MUTIARA HOMESTAY JASIN.

8. PENGHUN HENDAKLAH MEMATUHI SEGALA PERATURAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN.

9. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DAN MENGHORMATI ADAB-ADAB BERJIRAN SEMASA MENGINAP DI MUTIARA HOMESTAY JASIN.

10. JIKA ANDA KELUAR MENINGGALKAN HOMESTAY ATAU TIDUR PADA WAKTU SIANG/MALAM, PASTIKAN ANDA MENUTUP DAN MENGUNCI PINTU, TINGKAP DAN PINTU PAGAR.

11. PIHAK KAMI BERHAK UNTUK TIDAK MENGEMBALIKAN DEPOSIT ATAU MENGENAKAN APA-APA CAJ ATAU TINDAKAN YANG SEWAJARNYA JIKA PENGHUNI GAGAL MEMATUHI PERKARA 1 HINGGA 10.

12. SETIAP PERALATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH HAK MILIK MUTIARA HOMESTAY JASIN. SEKIRANYA BERLAKU KEHILANGAN DAN KEROSAKAN, BAYARAN AKAN DIKENAKAN. KECURIAN AKAN DILAPORKAN PADA PIHAK BERKUASA.

13. PIHAK MUTIARA HOMESTAY JASIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAN KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN, KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAM TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DI LUAR KAWALAN PIHAK KAMI. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.